Friday 6 April 2012

Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka ~ sejarah form 1

1.04.1 Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

  1. Parameswara telah mengasaskan Melaka pada sekitar tahun 1400.
  2. Kerajaan Majapahit muncul sebagai kuasa yang kuat selepas kejatuhan kerajaan
  3.  Srivijaya yang berpusat di Palembang.
  4. Kawasan-kawasan Srivijaya termasuk Palembang dan Temasik dikuasai oleh 
  5. Kerajaan Majapahit.
  6. Raja Palembang dan puteranya, Parameswara telah menentang penguasaan 
  7. Majapahit dan berusaha membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit.
  8. Raja Majapahit bertindak segera dengan menyerang Palembang. Parameswara 
  9. bersama sama dengan pengikutnya terpaksa berundur ke Temasik.
  10. Temasik pada ketika itu berada di bawah naungan Siam dan diperintah oleh Temagi.
  11. Ketibaan Parameswara dan pengikutnya di Temasik disambut baik oleh Temagi.
  12. Kedudukan Temasik yang strategik menarik minat Parameswara untuk memilikinya.
  13. Parameswara telah membunuh Temagi dan berusaha memajukan Temasik.
  14. Kerajaan Siam ingin menuntut bela atas pembunuhan Temagi oleh Parameswara.
  15. Parameswara bersama-sama orang Laut berpindah meninggalkan Temasik untuk 
  16. mengelakkan serangan kerajaan Siam dan Majapahit.
  17. Parameswara dan pengikutnya menetap agak lama di Muar dan kemudiannya meneruskan
    perjalanan melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
  18. Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang didiami oleh orang Melayu, 
  19. orang Laut, dan orang Asli.
  20. Parameswara mendirikan kerajaan di situ kerana:
    1. berhampiran laut;
      1. menjadi tempat laluan kapal dagang.
      2. bekalan air bersih mudah diperoleh.
    2. bentuk muka bumi yang berbukit-bukau;
      1. menjadi petunjuk bagi pelayar.
      2. memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
    3. pokok bakau dan api-api.
      • menjadi benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi.
    4. terlindung daripada tiupan angin monsun.
      • kegiatan perdagangan tidak terganggu.


1.04.2 Asal Usul Nama Melaka

Berasal daripada Nama Pokok

  1. Sejarah asal usul nama Melaka dikaitkan dengan pokok Melaka dan pelanduk.
  2. Menurut Sejarah Melayu, Parameswara telah melihat peristiwa pelanduk menendang 
  3. anjing perburuannya semasa baginda sedang berehat di bawah pokok Melaka.
  4. Peristiwa tersebut dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing.
  5. Oleh itu, tempat itu dipilih oleh Parameswara untuk mendirikan kerajaannya.
  6. Parameswara menamakan tempat tersebut sebagai Melaka bersempena nama pokok 
  7. Melaka tempat beliau berehat.

Berasal daripada Istilah Arab

  1. Nama Melaka juga dikatakan berasal daripada kata Arab iaitu 'Mulaqah' dan 'Malakat'.
  2. Melaka dipanggil oleh pedagang Arab sebagai "mulaqah" yang bermaksud pertemuan.
  3. Melaka juga dipanggil sebagai "Malakat" yang bermaksud "perhimpunan segala dagang".

Mitos Hindu

  1. Pokok Melaka dikenal sebagai Amalaka dalam bahasa Sanskrit.
  2. Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana, Amalaka ialah pokok pertama 
  3. yang tumbuh di alam semesta.
  4. Pokok ini dikaitkan dengan tempat kediaman Tuhan agama Hindu, iaitu Brahma,
  5.  Vishnu, dan Shiva.
  6. Buahnya mempunyai kuasa ajaib.


1.04.3 Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan 

Melayu Melaka

Sistem Pemerintahan yang Teratur

  1. Bagi membangunkan negeri Melaka, pelbagai langkah telah dilaksanakan 
  2. oleh Parameswara.
  3. Pentadbiran di Melaka telah disusun oleh Parameswara supaya lebih teratur.
  4. Pembesar dilantik untuk mengurus hal-ehwal balairung seri.
  5. Empat puluh orang bentara bertanggungjawab menjalankan perintah raja.
  6. Biduanda kecil ditugaskan membawa alat-alat kebesaran diraja. Biduanda juga dikenal sebagai:
    1. budak kundang;
    2. budak raja;
    3. orang suruhan raja;
    4. hamba;
    5. juak-juak.

Kemudahan Pelabuhan

  1. Parameswara gigih berusaha dan bijak merancang untuk memajukan Melaka melalui
  2.  kegiatan perdagangan.
  3. Parameswara telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pedagang yang berniaga
  4.  di pelabuhan Melaka.
    Contohnya
    1. tempat membaiki kapal;
    2. bekalan air;
    3. makanan;
    4. tenaga kerja;
    5. tempat perniagaan khusus untuk para pedagang daripada pelbagai bangsa.
  5. Kemudahan-kemudahan ini penting bagi membolehkan pedagang-pedagang asing datang
  6.  berniaga di Melaka.

Hubungan Diplomatik

  1. Parameswara merupakan seorang pemimpin yang menitikberatkan keselamatan Melaka. 
  2. Parameswara telah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam untuk mengelakkan
  3.  Melaka daripada serangan Siam.
  4. Melalui hubungan ini, Siam telah mengiktiraf kedaulatan Melaka.
  5. Pada tahun 1404, hubungan diplomatik antara kerajaan Melaka dengan China telah terjalin
  6. berikutan lawatan Laksamana Yin Ching ke Melaka.
  7. Laksamana Cheng Ho dari China juga telah melawat Melaka pada tahun 1405 dan tahun 1409.
  8. Melaka memohon perlindungan dari negara China dan menjadi negeri naungan China.
  9. Melaka menghantar ufti dan utusan ke negara China.
  10. Sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka, kerajaan China telah mengurniakan
  11.  sepersalinan pakaian, payung kuning, dan cap mohor kepada Melaka.
  12. Hasil hubungan diplomatik ini, kerajaan Majapahit dan Siam tidak lagi berani mengancam 
  13. dan menyerang Melaka.

Bantuan Orang Laut

  1. Parameswara telah mendapatkan bantuan orang Laut untuk menjaga keselamatan 
  2. perairan Melaka kerana baginda menyedari bahawa keselamatan penting bagi menjamin keamanan
    dan kemakmuran Melaka.
  3. Langkah ini merupakan satu tindakan yang bijak kerana:
    1. orang Laut mempunyai ciri-ciri kepahlawanan;
    2. mereka mahir tentang selok-belok Selat Melaka.
  4. Orang Laut bersikap taat setia kepada sultan dan kerajaan.
  5. Mereka telah memainkan peranan yang penting dalam menjaga keamanan dan memajukan 
  6. perdagangan Melaka.
  7. Orang Laut dikenal juga sebagai orang Selat atau Cellates dan Seletar di kalangan pengembara
  8.  Barat.
  9. Tome Pires dan de Barros menyatakan bahawa pusat petempatan orang Laut terletak di
  10.  Bentan, Temasik, dan Lingga.

Ikatan Konsep Daulat

  1. Rakyat Melaka banyak membantu Parameswara dalam pembangunan Melaka.
  2. Penduduk Melaka pada masa itu terdiri daripada orang Melayu, orang Laut, dan orang Asli.
  3. Rakyat memberikan sokongan padu dan taat setia kepada raja seperti yang dinyatakan dalam 
  4. Sejarah Melayu, "rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya jikalau tiada akar, nescaya
  5.  pohon tiada akan dapat berdiri".
  6. Rakyat Melaka memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan Melaka.
    1. orang Melayu yang menjadi ketua-ketua masyarakat dilantik memegang jawatan 
    2. pembesar seperti hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka;
    3. orang Laut membekalkan hasil laut dan menjaga keselamatan Selat Melaka;
    4. orang Asli membekalkan hasil hutan untuk kegiatan perdagangan.
  7. Dalam usaha membantu Parameswara membangunkan Melaka, rakyat Melaka telah 
  8. menunjukkan semangat: 
    1. sedia berkorban;
    2. menghargai pemimpin;
    3. taat setia kepada raja.

No comments:

Post a Comment