1.08.2 | Kesan Penebangan Pokok Terhadap Alam Sekitar |
- Pembalakan yang tidak terkawal dan tanpa rancangan penanaman semula hutan dapat
- membawa kesan negatif terhadap alam sekitar.
- Permukaan bumi akan menjadi gondol, iaitu tidak diliputi oleh sebarang tumbuh-tumbuhan.
- Kawasan yang telah ditebang pokok, mengalami hakisan tanih dan menjadi tandus.
- Kurang liputan tumbuh-tumbuhan akan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan
- air semasa hujan lebat.
- Struktur tanih menjadi lemah akibat ketiadaan akar dan liputan pokok.
- Keadaan ini akan mencepatkan hakisan tanih.
- Air larian permukaan membawa tanih yang terhakis dan lumpur ke dasar sungai.
- Sungai menjadi cetek dan banjir berlaku apabila hujan lebat turun.
- Air sungai tercemar juga oleh aktiviti penebangan pokok. Hal ini akan menjejaskan
- hidupan akuatik seperti ikan, udang, dan ketam.
- Penebangan pokok tanpa kawalan menyebabkan kepupusan pokokpokok yang berharga
- dan hidupan liar, akibat gangguan pada habitatnya.
- Kawasan tadahan terganggu dan menyebabkan kurang sumber air semula jadi hingga
- berlakunya krisis air.
- Suhu di kawasan terdedah meningkat kerana tiada liputan tumbuhtumbuhan.
- Angin bergerak tanpa halangan.
- Penebangan hutan menyebabkan kehilangan flora dan fauna dan menjejaskan dan
- menggugat ekosistem hutan.
|
| Rajah 1.08.1 Pemendapan air berlumpur mencetekkan dasar sungai dan banjir mudah berlaku |
1.08.3 | Kesan Kegiatan Pertanian Terhadap Alam Sekitar |
- Ekosistem terganggu akibat penggunaan baja kimia, racun serangga, dan racun rumpai
- secara berleluasa dalam aktiviti pertanian.
- Penggunaan bahan-bahan ini meninggalkan bahan toksik yang tidak larut di dalam air
- di kawasan sekitarnya.
- Contohnya, plumbum dan zink dalam baja kimia akan meningkatkan kandungan asid dalam tanah.
- Penggunaan racun rumpai di ladang dan sawah padi akan menyalirkan bahan kimia tersebut
- ke sungai yang berhampiran dan mencemarkannya.
- Contohnya, pencemaran yang berlaku di kawasan Pengairan Muda di Dataran Kedah-Perlis
- dan di Sungai Kelantan, iaitu di kawasan Pengairan Kemubu.
- Air sungai yang tercemar dapat mengancamkan kesihatan manusia dan haiwan ternakan.
- Hal ini akan mengurangkan hidupan air di dalam sungai.
- Spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi musnah akibat penebangan hutan bagi tujuan pertanian.
- Tanih terhakis dan mencemarkan air sungai berhampiran.
- Penebangan hutan untuk kegiatan pertanian pindah akan menambahkan kandungan
- asid di dalam tanih dan hal ini menjejaskan kualiti tanih.
- Hakisan tanih juga berlaku.
- Penanaman sejenis untuk satu jangka masa yang panjang akan menyebabkan tanih hilang
- kesuburannya.
- Pertanian pindah menyebabkan kehilangan kayu keras yang berharga.
1.08.4 | KESAN PEMBINAAN JALAN RAYA TERHADAP ALAM SEKITAR |
- Penebangan hutan bagi pembinaan jalan raya menyebabkan permukaan bumi menjadi
- gondol dan terdedah kepada hakisan air.
- Tanih yang terhakis diangkut oleh sungai dan dimendapkan ke dasarnya.
- Sungai tercemar dan banjir berlaku semasa hujan lebat.
- Pembinaan jalan raya dan lebuh raya menyebabkan kepupusan flora dan fauna,
- tanah runtuh, dan perubahan landskap.
- Contohnya, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran
- Gua Tempurung pada sekitar tahun1996 dan 2004.
1.08.5 Kesan Perindustrian Terhadap Alam Sekitar
- Penebangan hutan untuk pembinaan kilang telah mengubah landskap di sesuatu kawasan.
- Pencemaran udara berlaku sebagai akibat pelepasan debu, asap, dan habuk daripada kilang.
- Pencemaran sungai pula berlaku akibat pembuangan sampah sarap dan sisa toksik oleh
- pekilang yang tidak bertanggungjawab.
- Sebagai akibatnya, hidupan akuatik di dalam sungai, mati.
- Kuari (perlombongan batu) menyebabkan bukit diletupkan dan diruntuhkan.
- Aktiviti ini telah mengubah landskap kawasan tersebut.
- Penggunaan bahan klorofluorokarbon (CFC) dalam industri pembuatan alat penyaman udara,
- peti sejuk, dan penyembur serangga telah meningkatkan suhu bumi dan menipiskan lapisan ozon.
1.08.6 | Langkah-Langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar |
- Langkah-langkah untuk mengurangkan kesan-kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
- adalah seperti penanaman semula, pemeliharaan cerun tinggi, dan penggunaan kaedah biologi.
- Kawasan hutan yang ditebang ditanam semula dengan spesies yang cepat tumbuh di bawah
- rancangan penghutanan semula.
- Contohnya, 35 200 hektar hutan ditanam semula di bawah projek ladang hutan.
- Di Bukit Tinggi, spesies pokok seperti akasia, batai, dan sesenduk digunakan dalam usaha
- penanaman semula.
- Di negeri Kedah, pokok medang teja ditanam.
- Kawasan hutan simpan dan taman negara diwartakan untuk memelihara hutan serta
- melindungi pelbagai jenis flora dan fauna.
- Contohnya, Taman Negara, Hutan Rimba Templer, dan Hutan Simpan Kabili di Sepilok. Di
- kawasan-kawasan ini, hutan tidak boleh ditebang.
- Petani pindah pula digalakkan mengubah kaedah pertanian yang mereka amalkan kepada pertanian tetap.
- Cerun bukit diteres untuk penanaman kelapa sawit dan getah bagi mengelakkan hakisan tanih.
- Bagi memelihara cerun bukit yang telah ditarah, langkah-langkah pemeliharaan cerun dilakukan.
- Contohnya, meletakkan plastik sementara di cerun, menanam rumput di cerun, membina longkang bagi
- mengelakkan air
- bertakung, dan membina dinding penahan.
- Di lereng bukit juga, dapat ditanam tanaman tutup bumi seperti kekacang dan rumput bagi
- mengurangkan hakisan tanih di samping dapat menyuburkan tanih.
- Penggunaan racun serangga dan racun rumpai perlu dikawal mengikut kadar yang ditetapkan supaya
- tidak digunakan secara berlebihan.
- Sebagai alternatifnya, kaedah biologi dapat digunakan untuk mengawal makhluk perosak.
- Baja organik seperti najis haiwan dan sisa tanaman digunakan bagi menggantikan penggunaan baja kimia.
- Ular, burung helang, dan burung hantu digunakan untuk makan tikus, tupai, dan burung di ladang kelapa sawit.
- Bagi mengawal serangga tanaman padi, buah-buahan, dan sayursayuran, burung kecil digunakan
thanks cantik log ni
ReplyDelete