Friday 6 April 2012

KERAJAAN AWAL di Asia tenggara ~sejarah form 1

  1. Contoh kerajaan agraria di Asia Tenggara:
    1. Kerajaan Funan;
    2. Kerajaan Angkor.
  2. Contoh kerajaan maritim di Asia Tenggara:
    1. Kerajaan Champa;
    2. Kerajaan Chih Tu;
    3. Kerajaan Srivijaya;
    4. Kerajaan Kedah Tua;
    5. Kerajaan Majapahit.

 Kerajaan Agraria

  1. Kerajaan yang berasaskan ekonomi pertanian dipanggil kerajaan agraria.
  2. Kerajaan agraria tertumpu di kawasan-kawasan tanah subur seperti di lembangan sungai. Ada kerajaan agraria yang terletak di kawasan pedalaman juga.
  3. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria termasuklah:
    1. bercucuk tanam;
    2. memburu binatang;
    3. menternak binatang;
    4. menangkap ikan;
    5. mengutip hasil hutan.
  4. Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria ialah:
    1. padi sawah;
    2. padi huma;
    3. ubi taro.
  5. Masyarakat agraria mempunyai kemahiran untuk membina empangan dan saliran bagi
    menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan.
  6. Empangan dan terusan dibina oleh pemerintah kerajaan agraria.
  7. Baginda bertanggungjawab mengurus empangan dan saliran-saliran tersebut.
  8. Masyarakat agraria yang gigih berusaha telah berjaya mengembangkan kerajaan agraria dan menjadikannya termasyhur.
  9. Faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria:
    1. terletak di kawasan tanah subur berhampiran lembangan sungai yang sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian;
    2. mudah mendapat bekalan air dari sungai-sungai;
    3. mempunyai kemahiran membina sistem pengairan.
  10. Yang berikut adalah kerajaan agraria:

    Kerajaan AngkorKerajaan Funan
    • Kerajaan Angkor diasaskan pada abad ketujuh Masihi.
    • Sistem pemerintahan berasaskan sistem beraja.
    • Pusat pentadbiran terletak di kawasan hilir Sungai Mekong.
    • Raja berkuasa mutlak dan dianggap sebagaidevaraja.
    • Kerabat diraja membantu raja menjalankan pentadbiran.
    • Pada zaman pemerintahan Raja Suryavarman II, kerajaan Angkor mencapai zaman kegemilangan.
    • Kawasan di sekitar Tonle Sap menjadi kawasan pertanian utama.
    • Sistem pengairan (baray) dibina untuk sistem pertanian.
    • Kerajaan Angkor terpengaruh dengan agama Hindu-Buddha.
    • Kerajaan Funan diasaskan pada abad pertama Masihi dan merupakan kerajaan yang terawal di Asia Tenggara.
    • Raja yang pertama ialah Kaundinya yang digelarKurung Bnam.
    • Fan Shih-man ialah jeneralnya yang agung.
    • Pusat pentadbirannya terletak di Vyadhapura.
    • Sistem pengairan dibina untuk mengairi kawasan sawah padi.
    • Sungai Mekong menjadi punca air utama.
    • Sungai Mekong berperanan sebagai sistem perhubungan dan perdagangan.
    • Oc-Eo berkembang menjadi pelabuhan utama.

1.03.3 Kerajaan Maritim

  1. Kerajaan yang bergantung kepada kegiatan berkaitan dengan laut dipanggil kerajaan maritim.
  2. Kerajaan maritim terletak di kawasan pesisiran pantai.
  3. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk termasuklah:
    1. berdagang;
    2. menangkap hasil laut;
    3. membina kapal.
  4. Kebanyakan pusat pentadbiran kerajaan maritim tertumpu di muara sungai yang merupakan kawasan penempatan penduduk.
  5. Kerajaan maritim mempunyai pelabuhan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti:
    1. tempat tinggal;
    2. tempat menyimpan barang
      dagangan;
    3. tempat membaiki kapal;
    4. tempat berniaga;
    5. bekalan air.
  6. Kerajaan maritim berperanan sebagai orang tengah dalam urusan perdagangan.
  7. Kerajaan maritim mengumpul barangan seperti hasil hutan, rempah ratus, dan ubat-ubatan dari kawasan pedalaman dan pulau-pulau yang berhampiran.
  8. Barangan tersebut mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa. Barangan ini dijual kepada pedagang asing dari China, Eropah, Arab, dan India.
  9. Dengan itu, pelabuhan kerajaan maritim berfungsi sebagai pelabuhan entrepot.
  10. Masyarakat maritim mempunyai kemahiran membina kapal dan menguasai ilmu pelayaran.
  11. Kemahiran tersebut membolehkan pedagang kerajaan maritim belayar jarak jauh sehingga ke Afrika Timur.
  12. Faktor-faktor perkembangan kerajaan maritim:
    1. kedudukan strategik, iaitu terletak di laluan perdagangan antara Timur dengan Barat;
    2. bekalan barang dagangan yang mencukupi;
    3. barangan tempatan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa;
    4. mempunyai pelabuhan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan;
    5. dasar peluasan kuasa – tanah jajahan membekalkan barangan dagangan.

Kerajaan-kerajaan Maritim di Asia Tenggara

    KerajaanKeterangan
    Champa
    • Kerajaan ini diasaskan oleh Chu-Lien pada sekitar tahun 192 Masihi.
    • Diperintah oleh 14 dinasti.
    • Terdapat pegawai pemungut cukai dalam struktur pentadbirannya.
    • Pada tahun 400 Masihi, Raja Bhadravarnom menerajui kerajaan.
    • Inderapura merupakan pelabuhan yang terkenal.
    • Menerima pengaruh China pada akhir kurun ke-13 dan pengaruh itu berakhir pada kurun ke-15.
    • Terpengaruh dengan agama Hindu.
    Chih-Tu
    • Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bererti Tanah Merah.
    • Diasaskan oleh Raja Guatama pada kurun keenam Masihi.
    • Raja berkuasa mutlak dan dibantu oleh tiga orang menteri dalam pentadbiran.
    • Mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang mencontohi kerajaan Srivijaya.
    • Menerima pengaruh Hindu.
    Srivijaya
    • Diasaskan pada tahun ketujuh Masihi.
    • Raja berkuasa mutlak dan dianggap sebagai 'Raja di Gunung' dan 'Maharaja di Pulau'.
    • Batu bersurat yang ditemui di Telaga Batu bertarikh 683 Masihi membuktikan struktur pentadbiran Srivijaya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:
      – Pentadbiran diraja
      – Pentadbiran ketenteraan
      – Pentadbiran daerah
    • Menteri-menteri yang dilantik menjadi orang perantaraan antara raja dengan rakyat.
    • Palembang berperanan sebagai pusat pentadbiran dan pusat perdagangan yang penting.
    • Berjaya menguasai Selat Melaka, Selat Sunda, dan Selat Jawa yang merupakan laluan perdagangan yang penting.
    • Menjadi pusat pertukaran barangan antara pedagang dari China, India, dan Barat.
    Kedah Tua
    • Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua disebut Cheh-Cha.
    • Kedah Tua juga dipanggil Kataha.
    • Diasaskan pada kurun kelima dan merupakan kerajaanterawal di Semenanjung Tanah Melayu.
    • Sungai Mas merupakan pelabuhan utama, kemudian berpindah ke Lembah Bujang.
    • Menjadi tempat persinggahan kapal dari Timur dan Barat.
    • Gunung Jerai menjadi panduan kapal belayar ke Lembah Bujang.
    • Berperanan sebagai pusat perdagangan hasil tempatan seperti beras, emas, damar, rotan, gading, bijih timah, lada hitam, dan tanduk.
    • Bentuk muka bumi yang rata menjadikannya pengeluar padi utama.
    • Terpengaruh dengan agama Hindu-Buddha.
    • Kegemilangannya terbukti melalui;
      – penemuan wang perak pada zaman pemerintahan Sultan al Mutawakil.
      – penemuan manik dari India dan barangan kaca dari Timur Tengah.
    Majapahit
    • Diasaskan oleh Raden Wijaya.
    • Sistem pentadbiran berasaskan Undang-undang Manu.
    • Raja dianggap sebagai devaraja dan baginda dibantu oleh Perdana Menteri serta empat orang menteri.
    • Mencapai zaman kegemilangan pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk.
    • Perdana Menterinya yang terkenal ialah Patih Gajah Mada.
    • Menjadi pusat perdagangan yang penting pada abad ke- 15 Masihi.
    • Menerima pengaruh Hindu-Buddha.
    • Temasik dan Kedah Tua adalah antara pelabuhan utama kerajaan Majapahit.

3 comments: