Friday 6 April 2012

Kedudukan strategik mendorong penguasaan British ~ sejarah form 2

2.01.1 Pengenalan

  1. Negara kita terletak di satu kedudukan yang strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur
  2.  dengan Barat.
  3. Oleh itu, negara kita menjadi tempat persinggahan kapal dari Timur dan Barat.
  4. Perebutan takhta dan pergolakan politik yang berlaku di Kedah dan Johor menyebabkan British 
  5. menduduki Pulau Pinang dan Singapura.
  6. Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British mengambil Melaka dan ketiga-tiga wilayah itu telah 
  7. disatukan pada tahun 1826 untuk membentuk Negeri-Negeri Selat.

2.01.2 Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) Di Pulau Pinang

  1. SHTI telah ditubuhkan di England pada tahun 1600. Syarikat ini diberikan kuasa oleh kerajaan British
  2.  untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan.
  3. Pada asalnya, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah.
  4. SHTI tertarik dengan kegemilangan Kedah sebagai sebuah kuasa maritim, tetapi pada ketika itu, SHTI 
  5. tidak boleh menguasai Kedah kerana Kedah di bawah naungan Siam.
  6. Pada kurun ke-18, SHTI amat memerlukan sebuah pelabuhan di Kepulauan Melayu yang boleh
  7.  berperanan sebagai:
    1. pelabuhan persinggahan kapal British;
    2. pusat pengumpulan barang dagangan;
    3. pangkalan tentera British.
  8. Pulau Pinang dapat memenuhi semua keperluan SHTI kerana kedudukannya yang strategik di
  9.  tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat.
  10. Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang dagangan.
    1. SHTI memerlukan teh dari China kerana permintaannya baik di Eropah;
    2. China memerlukan barangan dari Kepulauan Melayu seperti emas, bijih timah, Perak, dan lada 
    3. hitam.
  11. Pulau Pinang sesuai dijadikan pelabuhan persinggahan kapal British juga.
    1. Kapal-kapal British yang belayar ke Canton boleh singgah di Pulau Pinang untuk mendapatkan
    2.  bekalan makanan dan minuman serta membaiki kapal yang rosak;
    3. Kapal-kapal British juga boleh singgah di sini sementara menunggu peralihan angin monsun.
  12. Pulau Pinang boleh dijadikan pangkalan tentera British.
    1. Di India, British bersaing dengan Perancis untuk menguasai perdagangan;
    2. Pulau Pinang boleh menjadi pangkalan tentera British untuk mempertahankan petempatan British 
    3. di India daripada serangan Perancis.

Kedaulatan Kedah Tercabar

  1. Pada kurun ke-16, Kuala Kedah berperanan sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu.
  2. Kuala Kedah berkembang sebagai pusat perdagangan antarabangsa kerana dasar buka pintu yang 
  3. diamalkan oleh kerajaan Kedah.
  4. Kedaulatan dan kemakmuran Kedah tidak kekal lama kerana Kedah menghadapi cabaran dari dalam dan
  5.  luar negeri.

Ancaman Bugis

  1. Pada kurun ke-18, kedaulatan Kedah terancam kerana berlakunya pertikaian dan perebutan takhta di
  2.  kalangan pembesar.
  3. Apabila Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah pada tahun 1770, 
  4. kerabat diraja Kedah menentang kerana Tunku Abdullah bukan putera gahara.
  5. Kerabat diraja meminta bantuan daripada orang Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa.
  6. Tentera Bugis yang diketuai oleh Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar. 
  7. Sultan Muhammad Jiwa melarikan diri ke Kangar.
  8. Sultan Muhammad Jiwa meminta bantuan daripada Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk
  9.  menentang Bugis.
  10. Francis Light yang mewakili firma berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1771 dan satu
  11.  perjanjian telah ditandatangani.
  12. Menurut perjanjian ini, firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah. Sebagai balasan, firma hendaklah
  13.  membantu Kedah dalam bidang ketenteraan.
  14. Perjanjian ini dibatalkan oleh Sultan Muhammad Jiwa kerana firma enggan membantu Kedah menyerang
  15.  Bugis di Selangor.

Ancaman Siam

  1. Kedah tidak menghantar bunga emas kepada Siam apabila Siam berperang dengan Burma (1753 – 1781).
  2. Setelah perang itu tamat, Siam menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang, dan tenaga manusia.
  3. Sultan Abdullah berasa terancam lalu meminta bantuan daripada SHTI.
  4. Baginda menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI untuk mendapatkan bantuan ketenteraan bagi menentang 
  5. Siam.
  6. Francis Light sedar akan kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera. Namun, 
  7. SHTI juga perlu menjaga kepentingan perdagangannya dengan Siam. 
  8. Tawaran Sultan Abdullah memang sukar ditolak oleh SHTI.
Peristiwa Pemberontakan di Kedah
Pelantikan Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah.
Penentangan oleh kerabat diraja Kedah.
Pakatan dengan Bugis di Selangor.
Serangan Bugis di bawah pimpinan Raja Haji (menawan Kuala Kedah dan Alor Setar).
Sultan Muhammad Jiwa melarikan diri ke Kangar, Perlis.
Sultan Muhammad Jiwa meminta bantuan ketenteraan daripada firma dan menawarkan Kuala Kedah kepada firma.
Firma enggan memberi bantuan ketenteraan dan perjanjian dibatalkan.


2.01.3 Tipu Helah Francis Light Bagi Mendapatkan Pulau Pinang

  1. SHTI bimbang dasar monopoli Belanda akan menjejaskan kepentingan perdagangan mereka di Semenanjung 
  2. Tanah Melayu.
  3. Francis Light mengambil kesempatan untuk menerima tawaran Sultan Abdullah dengan menandatangani
  4.  perjanjian dengan baginda secara peribadi pada tahun 1786.
  5. Perjanjian Inggeris-Kedah yang ditandatangani pada tahun 1786, mengandungi syarat-syarat yang berikut:
    1. sekiranya Kedah diserang musuh, SHTI akan memberi bantuan; 
    2. SHTI tidak boleh memberikan perlindungan kepada musuh Kedah;
    3. Sultan Kedah menerima pampasan sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun daripada SHTI.
  6. Pada 11 Ogos 1786, bendera Union Jack dikibarkan di Pulau Pinang buat pertama kalinya. Francis Light
  7.  menamakan Pulau Pinang sebagai Prince Of Wales Island. Petempatan mereka dinamakan Georgetown 
  8. sempena nama
  9.  Raja England, iaitu King George III.
  10. Pendudukan British di Pulau Pinang menandakan permulaan penjajahan British di Tanah Melayu.

SHTI Mungkir Janji

  1. Sultan Abdullah meminta bantuan ketenteraan daripada SHTI apabila Siam menakluk Patani dan mengancam
  2.  Kedah pada tahun 1786.
  3. SHTI enggan memberikan bantuan kepada Sultan Kedah kerana:
    1. SHTI mendakwa bahawa syarikatnya tidak terlibat dalam perjanjian 1786 antara Sultan Abdullah 
    2. dengan Francis Light;
    3. SHTI ingin menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.
  4. Sultan Abdullah mengarahkan Francis Light keluar dari Pulau Pinang kerana tidak menepati janji.
  5. Francis Light tidak mahu melepaskan Pulau Pinang. Beliau menawarkan bayaran ganti rugi tetapi Sultan 
  6. Abdullah menolak tawaran tersebut.
  7. Pada tahun 1791, Sultan Abdullah bersiap sedia untuk menyerang Pulau Pinang dari Seberang Perai dengan
  8.  bantuan Riau, Siak, dan Selangor.
  9. Francis Light bertindak terlebih dahulu dengan menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai dengan
  10.  bantuan tentera British.
  11. Setelah ditewaskan, Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan
  12.  Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791.
  13. Kesan daripada perjanjian tersebut:
    1. SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi;
    2. SHTI akan membayar Sultan Abdullah sebanyak 6000 dolar Sepanyol setiap tahun;
    3. George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama.

2.01.4 SHTI Mengambil Seberang Perai

Kawasan Seberang Perai yang diambil oleh SHTI pada tahun 1800

  1. Pada tahun 1800, SHTI ingin mengambil Seberang Perai kerana Seberang Perai:
    1. boleh dijadikan benteng pertahanan untuk mempertahankan Pulau Pinang daripada serangan dari
    2.  tanah besar;
    3. sesuai untuk bercucuk tanam kerana tanahnya subur.
  2. Apabila Sultan Dziauddin memerlukan bantuan ketenteraan untuk menghadapi ancaman Siam, SHTI
  3.  mengambil kesempatan menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan baginda.
  4. Menurut Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800:
    1. Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI;
    2. Sultan Kedah menerima 10 000 dolar Sepanyol setiap tahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai.
  5. SHTI menamakan Seberang Perai sebagai Province Wellesly.
  6. Apabila Siam menyerang Kedah pada tahun 1821, SHTI tidak memberi bantuan ketenteraan kepada Sultan
  7.  Kedah. Ini menyebabkan Kedah ditawan oleh Siam.
  8. Pada bulan Jun 1826, Raja Rama III menandatangani Perjanjian Burney dengan Henry Burney di Bangkok. 
  9. Antara syarat-syaratnya ialah:
    1. British mengiktiraf kekuasaan Siam di Kedah;
    2. Sultan Kedah dilarang tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor, dan Burma;
    3. British tidak akan membantu Sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya;
    4. British tidak akan menghantar Sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang;
    5. Siam mengakui pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.
  10. Sultan Kedah berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan British untuk mengekalkan kedaulatan Kedah
  11.  daripada ancaman luar. 
  12. Francis Light dan SHTI telah memungkiri syarat-syarat perjanjian dengan Sultan Kedah. Mereka
  13.  menggunakan tipu muslihat sehingga berjaya menduduki Pulau Pinang dan Seberang Perai. 
Peristiwa-peristiwa yang Menunjukkan Bagaimana British
Bertapak di Pulau Pinang dan Seberang Perai
1771
  • Sultan Muhammad Jiwa memohon bantuan ketenteraan daripada Firma Jourdain Sullivan and de Souza. Perjanjian dibatalkan kerana firma enggan menyerang Bugis di Selangor.
1786
  • Perjanjian Inggeris-Kedah antara Sultan Abdullah dengan Francis Light.
1791
  • Sultan Kedah ditewaskan oleh Francis Light di Seberang Perai.
  • Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah ditandatangani. SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi.
1800
  • Perjanjian Persahabatan dan Perikatan antara Sultan Dziauddin dengan Gabenor George Leith. SHTI menduduki Seberang Perai.

2.01.5 Pertapakan SHTI di Singapura

SHTI Gagal Memajukan Pulau Pinang

  1. SHTI telah gagal memajukan Pulau Pinang seperti yang diharapkan kerana kedudukannya jauh ke
  2.  utara Selat Melaka. 
  3. Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu.
  4. Kebanyakan kapal dagang gemar berdagang di Betawi, Riau, dan Lingga.
  5. SHTI berusaha mencari sebuah pelabuhan yang lebih strategik di selatan Selat Melaka agar dapat
  6. menguasai laluan perdagangan antara India dengan China.
  7. Perdagangan SHTI dengan China dianggap penting kerana barang dagangan dari China mendapa
  8. t pasaran yang menguntungkan di Eropah. 
  9. Semasa berlakunya Perang Napoleon di Eropah (1793 - 1814),
    Belanda ditawan oleh Perancis.
  10. Raja Belanda bimbang tanah jajahannya di Timur akan jatuh ke tangan Perancis. Oleh itu, Raja
  11.  Belanda menandatangani Surat-Surat Kew dengan kerajaan British pada tahun 1795.
  12. Menurut perjanjian tersebut, Belanda menyerahkan semua tanah jajahannya di Timur kepada
  13.  British secara sementara sehingga Perang Napoleon tamat.
  14. Dengan itu, SHTI berpeluang menguasai Betawi dan Melaka semasa Perang Napoleon.
  15. Apabila Perang Napoleon tamat, Betawi dan Melaka dipulangkan kepada Belanda.
  16. Pedagang British yang berdagang di Betawi dikenakan cukai yang tinggi dan layanan yang buruk oleh
  17.  Belanda.
  18. Stamford Raffles ditugaskan untuk mencari pelabuhan baru. Beliau berusaha membuka pelabuhan di
  19.  Palembang, Acheh, dan Riau tetapi gagal.

Singapura Pangkalan Perdagangan yang Strategik

  1. Stamford Raffles mencadangkan agar SHTI membuka sebuah pangkalan baru di Singapura kerana:
    1. kedudukan Singapura yang strategik dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan 
    2. Selat Sunda;
    3. Singapura boleh dijadikan sebagai pelabuhan bebas;
    4. Singapura boleh dijadikan pangkalan untuk menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi;
    5. Singapura mampu menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu.
  2. Oleh sebab itu, Raffles berusaha untuk mendapatkan Singapura.
  3. Pada masa itu, Singapura merupakan sebahagian daripada wilayah Johor.
  4. Stamford Raffles menghadapi masalah untuk mendapatkan Singapura kerana Sultan Abdul Rahman
  5.  yang memerintah kerajaan Johor berada di bawah pengaruh Belanda.

Taktik Raffles Mengambil Singapura

  1. Semasa Stamford Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819, Singapura diperintah oleh
  2.  Temenggung Abdul Rahman.
  3. Stamford Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian yang membenarkan 
  4. British membina loji di Singapura.
  5. Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan Stamford Raffles pada 30 Januari
  6.  1819 kerana bimbang diserang oleh Raffles.
  7. Antara syarat-syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak ialah:
    1. SHTI dibenarkan membuka loji di Singapura;
    2. SHTI akan membayar Temenggung 3000 dolar Sepanyol setiap tahun;
    3. SHTI akan melindungi Temenggung daripada ancaman dari dalam dan luar negeri;
    4. SHTI melarang Temenggung membuat sebarang hubungan dengan kuasa Barat yang lain.
  8. Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut dianggap tidak sah kerana perjanjian ini ditandatangani tanpa
  9.  persetujuan Sultan Johor, iaitu Sultan Abdul Rahman.
  10. Stamford Raffles telah membuat rancangan secara tipu muslihat untuk:
    1. memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda;
    2. membangkitkan semula masalah pewarisan takhta yang berlaku pada tahun 1812;
    3. menabalkan Tengku Hussein yang kecewa sebagai Sultan.
  11. Temenggung Abdul Rahman dipujuk oleh Raffles menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan
  12.  sebagai Sultan Johor.
  13. Pada 6 Februari 1819, perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles diiktiraf oleh 
  14. Sultan Hussein.
  15. Kesan daripada langkah tersebut:
    1. SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura;
    2. wujudnya dua orang sultan dalam kerajaan Johor;
      1. Sultan Hussein bersemayam di Singapura,
      2. Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga.
Peristiwa Perebutan Takhta Kerajaan Johor
  • Sultan Mahmud III mempunyai dua orang putera, iaitu Tengku Hussein dan Tengku Abdul Rahman.
  • Sultan Mahmud III mangkat pada tahun 1812.
  • Mengikut adat tradisi, pengganti sultan mesti dilantik sebelum upacara pemakaman almarhum sultan.
  • Pada masa itu, Tengku Hussein yang merupakan putera sulung berada di Pahang.
  • Oleh demikian, pembesar Johor telah melantik Tengku Abdul Rahman sebagai pengganti sultan dengan sokongan Belanda.
  • Tengku Hussein telah diketepikan.

SHTI Mencengkam Singapura

  1. Perjanjian 1819 tidak membolehkan Raffles berkuasa penuh ke atas Singapura.
  2. Pada 7 Jun 1823, satu lagi perjanjian ditandatangani antara Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman. 
  3. Antara syarat-syaratnya:
    1. SHTI membayar 1500 dolar Sepanyol kepada Temenggung setiap bulan;
    2. SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan kecuali pulau kediaman 
    3. sultan dan Temenggung; 
    4. Sultan dan Temenggung tidak boleh mengutip cukai daripada tongkang Cina;
    5. Undang-undang British akan dikuatkuasakan di Singapura.
  4. Pada 2 Ogos 1824, John Crawfurd, iaitu Residen Singapura menandatangani satu perjanjian baru dengan 
  5. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Antara syarat-syaratnya:
    1. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat 
    2. selama-lamanya;
    3. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman membenarkan pedagang-pedagang berdagang di
    4.  Johor dan wilayah takluknya secara bebas;
    5. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman serta warisnya dibenarkan menetap di tanah milik
    6.  mereka di Singapura atau berpindah dari Singapura.
  6. Kesan daripada perjanjian 2 Ogos 1824 tersebut:
    1. Singapura diserahkan kepada SHTI secara rasmi;
    2. Sultan Hussein berpindah ke Bandar Hilir Melaka kerana kecewa dengan syarat perjanjian tersebut.
  7. Temenggung Abdul Rahman diarahkan oleh SHTI untuk memindahkan pusat pentadbirannya dari Kuala 
  8. Sungai Singapura ke Teluk Belanga kerana SHTI ingin memajukan Singapura.
  9. Tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga diambil alih oleh SHTI dan pusat pemerintahan Johor
  10.  dipindahkan dari Teluk Belanga ke Johor Bahru pada tahun 1866. 

2.01.6 Perpecahan Kepulauan Melayu

  1. Pendudukan SHTI di Singapura tidak dipersetujui oleh Belanda kerana:
    1. Belanda mendakwa Singapura di bawah naungannya; 
    2. Belanda bimbang perkembangan Singapura menjejaskan perdagangan di Betawi.
  2. SHTI enggan melepaskan Singapura kerana Singapura berpotensi untuk berkembang sebagai pelabuhan 
  3. bebas dan pangkalan tentera British di Kepulauan Melayu. 
  4. Pertikaian berkaitan dengan Singapura mencetuskan ketegangan antara British dengan Belanda akhirnya
  5.  diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris- Belanda 1824. Antara syarat-syaratnya:
    1. pendudukan British di Singapura diiktiraf oleh Belanda;
    2. Belanda tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu;
    3. British tidak akan membuka petempatan baru di kawasan selatan Singapura;
    4. Belanda menyerahkan Melaka kepada British. Sebagai pertukarannya, Bangkahulu diserahkan oleh
    5.  British kepada Belanda.
  6. Kesan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 atau dikenal juga sebagai Persetiaan London:
    1. Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua kawasan pengaruh;
      1. British berpengaruh di Semenanjung Tanah Melayu. 
      2. Belanda berpengaruh di Kepulauan Riau dan Lingga.
    2. British berpeluang meluaskan pengaruhnya di negeri-negeri Melayu tanpa gangguan kuasa Barat yang
    3.  lain khususnya Belanda; 
    4. Penguasaan ke atas Melaka membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka;
    5. Kerajaan Johor berpecah kepada dua iaitu Johor dan Singapura diletakkan di bawah pengaruh British,
    6.  manakala Kepulauan Riau-Lingga berada di bawah pengaruh Belanda.

2.01.7 Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-negeri Selat

  1. SHTI telah memperoleh Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), dan Melaka (1824).
  2. Pulau Pinang diletakkan di bawah pentadbiran Leftenan Gabenor, manakala Singapura dan Melaka di bawah 
  3. pentadbiran Residen.
  4. Pada tahun 1826, SHTI menyatukan ketiga-tiga petempatan ini di bawah satu pentadbiran yang dipanggil
  5.  Negeri-Negeri Selat.
  6. Penubuhan Negeri-Negeri Selat bertujuan untuk:
    1. menyeragamkan pentadbiran;
    2. menjimatkan perbelanjaan.
  7. Antara struktur pentadbiran Negeri-Negeri Selat (NNS):
    1. pentadbiran NNS diketuai oleh seorang Gabenor British;
    2. Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India;
    3. Seorang Residen Konsuler ditempatkan di setiap negeri di Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka untuk 
    4. membantu Gabenor
  8. Pada mulanya, pusat pentadbiran NNS terletak di Pulau Pinang, kemudian dipindahkan ke Singapura pada 
  9. tahun 1832 kerana kedudukannya lebih strategik dan menguntungkan.
  10. Segala dasar dan undangundang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British di India.
  11. Penduduk dan saudagar tempatan berasa tidak puas hati dengan dasar pentadbiran tersebut kerana mereka
  12.  berasakan bahawa NNS adalah seperti tanah jajahan India.
  13. Saudagar British dan penduduk NNS mendesak Kerajaan British memindahkan pentadbiran NNS dari India ke 
  14. London kerana:
    1. SHTI di India tidak menjaga kebajikan NNS;
    2. SHTI mencadangkan taraf pelabuhan bebas di Singapura dihapuskan;
    3. kemasukan imigran Cina ke NNS tidak dikawal dan kekacauan sering dicetuskan oleh kongsi gelap Cina;
    4. Akta Mata Wang 1855 yang dikuatkuasakan di NNS menyebabkan mata wang rupee menggantikan 
    5. mata wang dolar Sepanyol. Para pedagang mengalami kerugian kerana nilai mata wang rupee lebih rendah;
    6. NNS menjadi tempat buangan banduan dari India.
  15. Pada 1 April 1867, NNS diletakkan di bawah kawalan Pejabat Tanah Jajahan di London.
  16. Pihak British menubuhkan sebuah Majlis Perundangan di NNS yang membolehkan NNS meluluskan undang-undang
  17. sendiri.

1 comment:

  1. kak .. ape keperluan British di kepulauan Melayu dari segi perdagangan n ketenteraan eak? saya kena buat folioo :)

    ReplyDelete