2.01.1 Pengenalan
- Negara kita terletak di satu kedudukan yang strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur
- dengan Barat.
- Oleh itu, negara kita menjadi tempat persinggahan kapal dari Timur dan Barat.
- Perebutan takhta dan pergolakan politik yang berlaku di Kedah dan Johor menyebabkan British
- menduduki Pulau Pinang dan Singapura.
- Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British mengambil Melaka dan ketiga-tiga wilayah itu telah
- disatukan pada tahun 1826 untuk membentuk Negeri-Negeri Selat.
2.01.2 Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) Di Pulau Pinang
- SHTI telah ditubuhkan di England pada tahun 1600. Syarikat ini diberikan kuasa oleh kerajaan British
- untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan.
- Pada asalnya, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah.
- SHTI tertarik dengan kegemilangan Kedah sebagai sebuah kuasa maritim, tetapi pada ketika itu, SHTI
- tidak boleh menguasai Kedah kerana Kedah di bawah naungan Siam.
- Pada kurun ke-18, SHTI amat memerlukan sebuah pelabuhan di Kepulauan Melayu yang boleh
- berperanan sebagai:
- pelabuhan persinggahan kapal British;
- pusat pengumpulan barang dagangan;
- pangkalan tentera British.
- Pulau Pinang dapat memenuhi semua keperluan SHTI kerana kedudukannya yang strategik di
- tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat.
- Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang dagangan.
- SHTI memerlukan teh dari China kerana permintaannya baik di Eropah;
- China memerlukan barangan dari Kepulauan Melayu seperti emas, bijih timah, Perak, dan lada
- hitam.
- Pulau Pinang sesuai dijadikan pelabuhan persinggahan kapal British juga.
- Kapal-kapal British yang belayar ke Canton boleh singgah di Pulau Pinang untuk mendapatkan
- bekalan makanan dan minuman serta membaiki kapal yang rosak;
- Kapal-kapal British juga boleh singgah di sini sementara menunggu peralihan angin monsun.
- Pulau Pinang boleh dijadikan pangkalan tentera British.
- Di India, British bersaing dengan Perancis untuk menguasai perdagangan;
- Pulau Pinang boleh menjadi pangkalan tentera British untuk mempertahankan petempatan British
- di India daripada serangan Perancis.
Kedaulatan Kedah Tercabar
- Pada kurun ke-16, Kuala Kedah berperanan sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu.
- Kuala Kedah berkembang sebagai pusat perdagangan antarabangsa kerana dasar buka pintu yang
- diamalkan oleh kerajaan Kedah.
- Kedaulatan dan kemakmuran Kedah tidak kekal lama kerana Kedah menghadapi cabaran dari dalam dan
- luar negeri.
Ancaman Bugis
- Pada kurun ke-18, kedaulatan Kedah terancam kerana berlakunya pertikaian dan perebutan takhta di
- kalangan pembesar.
- Apabila Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah pada tahun 1770,
- kerabat diraja Kedah menentang kerana Tunku Abdullah bukan putera gahara.
- Kerabat diraja meminta bantuan daripada orang Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa.
- Tentera Bugis yang diketuai oleh Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar.
- Sultan Muhammad Jiwa melarikan diri ke Kangar.
- Sultan Muhammad Jiwa meminta bantuan daripada Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk
- menentang Bugis.
- Francis Light yang mewakili firma berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1771 dan satu
- perjanjian telah ditandatangani.
- Menurut perjanjian ini, firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah. Sebagai balasan, firma hendaklah
- membantu Kedah dalam bidang ketenteraan.
- Perjanjian ini dibatalkan oleh Sultan Muhammad Jiwa kerana firma enggan membantu Kedah menyerang
- Bugis di Selangor.
Ancaman Siam
- Kedah tidak menghantar bunga emas kepada Siam apabila Siam berperang dengan Burma (1753 – 1781).
- Setelah perang itu tamat, Siam menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang, dan tenaga manusia.
- Sultan Abdullah berasa terancam lalu meminta bantuan daripada SHTI.
- Baginda menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI untuk mendapatkan bantuan ketenteraan bagi menentang
- Siam.
- Francis Light sedar akan kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera. Namun,
- SHTI juga perlu menjaga kepentingan perdagangannya dengan Siam.
- Tawaran Sultan Abdullah memang sukar ditolak oleh SHTI.
2.01.3 Tipu Helah Francis Light Bagi Mendapatkan Pulau Pinang
- SHTI bimbang dasar monopoli Belanda akan menjejaskan kepentingan perdagangan mereka di Semenanjung
- Tanah Melayu.
- Francis Light mengambil kesempatan untuk menerima tawaran Sultan Abdullah dengan menandatangani
- perjanjian dengan baginda secara peribadi pada tahun 1786.
- Perjanjian Inggeris-Kedah yang ditandatangani pada tahun 1786, mengandungi syarat-syarat yang berikut:
- sekiranya Kedah diserang musuh, SHTI akan memberi bantuan;
- SHTI tidak boleh memberikan perlindungan kepada musuh Kedah;
- Sultan Kedah menerima pampasan sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun daripada SHTI.
- Pada 11 Ogos 1786, bendera Union Jack dikibarkan di Pulau Pinang buat pertama kalinya. Francis Light
- menamakan Pulau Pinang sebagai Prince Of Wales Island. Petempatan mereka dinamakan Georgetown
- sempena nama
- Raja England, iaitu King George III.
- Pendudukan British di Pulau Pinang menandakan permulaan penjajahan British di Tanah Melayu.
SHTI Mungkir Janji
- Sultan Abdullah meminta bantuan ketenteraan daripada SHTI apabila Siam menakluk Patani dan mengancam
- Kedah pada tahun 1786.
- SHTI enggan memberikan bantuan kepada Sultan Kedah kerana:
- SHTI mendakwa bahawa syarikatnya tidak terlibat dalam perjanjian 1786 antara Sultan Abdullah
- dengan Francis Light;
- SHTI ingin menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.
- Sultan Abdullah mengarahkan Francis Light keluar dari Pulau Pinang kerana tidak menepati janji.
- Francis Light tidak mahu melepaskan Pulau Pinang. Beliau menawarkan bayaran ganti rugi tetapi Sultan
- Abdullah menolak tawaran tersebut.
- Pada tahun 1791, Sultan Abdullah bersiap sedia untuk menyerang Pulau Pinang dari Seberang Perai dengan
- bantuan Riau, Siak, dan Selangor.
- Francis Light bertindak terlebih dahulu dengan menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai dengan
- bantuan tentera British.
- Setelah ditewaskan, Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan
- Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791.
- Kesan daripada perjanjian tersebut:
- SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi;
- SHTI akan membayar Sultan Abdullah sebanyak 6000 dolar Sepanyol setiap tahun;
- George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama.
2.01.4 SHTI Mengambil Seberang Perai
- Pada tahun 1800, SHTI ingin mengambil Seberang Perai kerana Seberang Perai:
- boleh dijadikan benteng pertahanan untuk mempertahankan Pulau Pinang daripada serangan dari
- tanah besar;
- sesuai untuk bercucuk tanam kerana tanahnya subur.
- Apabila Sultan Dziauddin memerlukan bantuan ketenteraan untuk menghadapi ancaman Siam, SHTI
- mengambil kesempatan menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan baginda.
- Menurut Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800:
- Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI;
- Sultan Kedah menerima 10 000 dolar Sepanyol setiap tahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai.
- SHTI menamakan Seberang Perai sebagai Province Wellesly.
- Apabila Siam menyerang Kedah pada tahun 1821, SHTI tidak memberi bantuan ketenteraan kepada Sultan
- Kedah. Ini menyebabkan Kedah ditawan oleh Siam.
- Pada bulan Jun 1826, Raja Rama III menandatangani Perjanjian Burney dengan Henry Burney di Bangkok.
- Antara syarat-syaratnya ialah:
- British mengiktiraf kekuasaan Siam di Kedah;
- Sultan Kedah dilarang tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor, dan Burma;
- British tidak akan membantu Sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya;
- British tidak akan menghantar Sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang;
- Siam mengakui pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.
- Sultan Kedah berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan British untuk mengekalkan kedaulatan Kedah
- daripada ancaman luar.
- Francis Light dan SHTI telah memungkiri syarat-syarat perjanjian dengan Sultan Kedah. Mereka
- menggunakan tipu muslihat sehingga berjaya menduduki Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Bertapak di Pulau Pinang dan Seberang Perai | |
---|---|
| |
| |
| |
|
2.01.5 Pertapakan SHTI di Singapura
SHTI Gagal Memajukan Pulau Pinang
- SHTI telah gagal memajukan Pulau Pinang seperti yang diharapkan kerana kedudukannya jauh ke
- utara Selat Melaka.
- Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu.
- Kebanyakan kapal dagang gemar berdagang di Betawi, Riau, dan Lingga.
- SHTI berusaha mencari sebuah pelabuhan yang lebih strategik di selatan Selat Melaka agar dapat
- menguasai laluan perdagangan antara India dengan China.
- Perdagangan SHTI dengan China dianggap penting kerana barang dagangan dari China mendapa
- t pasaran yang menguntungkan di Eropah.
- Semasa berlakunya Perang Napoleon di Eropah (1793 - 1814),
Belanda ditawan oleh Perancis. - Raja Belanda bimbang tanah jajahannya di Timur akan jatuh ke tangan Perancis. Oleh itu, Raja
- Belanda menandatangani Surat-Surat Kew dengan kerajaan British pada tahun 1795.
- Menurut perjanjian tersebut, Belanda menyerahkan semua tanah jajahannya di Timur kepada
- British secara sementara sehingga Perang Napoleon tamat.
- Dengan itu, SHTI berpeluang menguasai Betawi dan Melaka semasa Perang Napoleon.
- Apabila Perang Napoleon tamat, Betawi dan Melaka dipulangkan kepada Belanda.
- Pedagang British yang berdagang di Betawi dikenakan cukai yang tinggi dan layanan yang buruk oleh
- Belanda.
- Stamford Raffles ditugaskan untuk mencari pelabuhan baru. Beliau berusaha membuka pelabuhan di
- Palembang, Acheh, dan Riau tetapi gagal.
Singapura Pangkalan Perdagangan yang Strategik
- Stamford Raffles mencadangkan agar SHTI membuka sebuah pangkalan baru di Singapura kerana:
- kedudukan Singapura yang strategik dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan
- Selat Sunda;
- Singapura boleh dijadikan sebagai pelabuhan bebas;
- Singapura boleh dijadikan pangkalan untuk menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi;
- Singapura mampu menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu.
- Oleh sebab itu, Raffles berusaha untuk mendapatkan Singapura.
- Pada masa itu, Singapura merupakan sebahagian daripada wilayah Johor.
- Stamford Raffles menghadapi masalah untuk mendapatkan Singapura kerana Sultan Abdul Rahman
- yang memerintah kerajaan Johor berada di bawah pengaruh Belanda.
Taktik Raffles Mengambil Singapura
- Semasa Stamford Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819, Singapura diperintah oleh
- Temenggung Abdul Rahman.
- Stamford Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian yang membenarkan
- British membina loji di Singapura.
- Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan Stamford Raffles pada 30 Januari
- 1819 kerana bimbang diserang oleh Raffles.
- Antara syarat-syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak ialah:
- SHTI dibenarkan membuka loji di Singapura;
- SHTI akan membayar Temenggung 3000 dolar Sepanyol setiap tahun;
- SHTI akan melindungi Temenggung daripada ancaman dari dalam dan luar negeri;
- SHTI melarang Temenggung membuat sebarang hubungan dengan kuasa Barat yang lain.
- Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut dianggap tidak sah kerana perjanjian ini ditandatangani tanpa
- persetujuan Sultan Johor, iaitu Sultan Abdul Rahman.
- Stamford Raffles telah membuat rancangan secara tipu muslihat untuk:
- memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda;
- membangkitkan semula masalah pewarisan takhta yang berlaku pada tahun 1812;
- menabalkan Tengku Hussein yang kecewa sebagai Sultan.
- Temenggung Abdul Rahman dipujuk oleh Raffles menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan
- sebagai Sultan Johor.
- Pada 6 Februari 1819, perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles diiktiraf oleh
- Sultan Hussein.
- Kesan daripada langkah tersebut:
- SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura;
- wujudnya dua orang sultan dalam kerajaan Johor;
- Sultan Hussein bersemayam di Singapura,
- Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga.
|
SHTI Mencengkam Singapura
- Perjanjian 1819 tidak membolehkan Raffles berkuasa penuh ke atas Singapura.
- Pada 7 Jun 1823, satu lagi perjanjian ditandatangani antara Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman.
- Antara syarat-syaratnya:
- SHTI membayar 1500 dolar Sepanyol kepada Temenggung setiap bulan;
- SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan kecuali pulau kediaman
- sultan dan Temenggung;
- Sultan dan Temenggung tidak boleh mengutip cukai daripada tongkang Cina;
- Undang-undang British akan dikuatkuasakan di Singapura.
- Pada 2 Ogos 1824, John Crawfurd, iaitu Residen Singapura menandatangani satu perjanjian baru dengan
- Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Antara syarat-syaratnya:
- Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat
- selama-lamanya;
- Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman membenarkan pedagang-pedagang berdagang di
- Johor dan wilayah takluknya secara bebas;
- Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman serta warisnya dibenarkan menetap di tanah milik
- mereka di Singapura atau berpindah dari Singapura.
- Kesan daripada perjanjian 2 Ogos 1824 tersebut:
- Singapura diserahkan kepada SHTI secara rasmi;
- Sultan Hussein berpindah ke Bandar Hilir Melaka kerana kecewa dengan syarat perjanjian tersebut.
- Temenggung Abdul Rahman diarahkan oleh SHTI untuk memindahkan pusat pentadbirannya dari Kuala
- Sungai Singapura ke Teluk Belanga kerana SHTI ingin memajukan Singapura.
- Tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga diambil alih oleh SHTI dan pusat pemerintahan Johor
- dipindahkan dari Teluk Belanga ke Johor Bahru pada tahun 1866.
2.01.6 Perpecahan Kepulauan Melayu
- Pendudukan SHTI di Singapura tidak dipersetujui oleh Belanda kerana:
- Belanda mendakwa Singapura di bawah naungannya;
- Belanda bimbang perkembangan Singapura menjejaskan perdagangan di Betawi.
- SHTI enggan melepaskan Singapura kerana Singapura berpotensi untuk berkembang sebagai pelabuhan
- bebas dan pangkalan tentera British di Kepulauan Melayu.
- Pertikaian berkaitan dengan Singapura mencetuskan ketegangan antara British dengan Belanda akhirnya
- diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris- Belanda 1824. Antara syarat-syaratnya:
- pendudukan British di Singapura diiktiraf oleh Belanda;
- Belanda tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu;
- British tidak akan membuka petempatan baru di kawasan selatan Singapura;
- Belanda menyerahkan Melaka kepada British. Sebagai pertukarannya, Bangkahulu diserahkan oleh
- British kepada Belanda.
- Kesan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 atau dikenal juga sebagai Persetiaan London:
- Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua kawasan pengaruh;
- British berpengaruh di Semenanjung Tanah Melayu.
- Belanda berpengaruh di Kepulauan Riau dan Lingga.
- British berpeluang meluaskan pengaruhnya di negeri-negeri Melayu tanpa gangguan kuasa Barat yang
- lain khususnya Belanda;
- Penguasaan ke atas Melaka membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka;
- Kerajaan Johor berpecah kepada dua iaitu Johor dan Singapura diletakkan di bawah pengaruh British,
- manakala Kepulauan Riau-Lingga berada di bawah pengaruh Belanda.
- Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua kawasan pengaruh;
2.01.7 Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-negeri Selat
- SHTI telah memperoleh Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), dan Melaka (1824).
- Pulau Pinang diletakkan di bawah pentadbiran Leftenan Gabenor, manakala Singapura dan Melaka di bawah
- pentadbiran Residen.
- Pada tahun 1826, SHTI menyatukan ketiga-tiga petempatan ini di bawah satu pentadbiran yang dipanggil
- Negeri-Negeri Selat.
- Penubuhan Negeri-Negeri Selat bertujuan untuk:
- menyeragamkan pentadbiran;
- menjimatkan perbelanjaan.
- Antara struktur pentadbiran Negeri-Negeri Selat (NNS):
- pentadbiran NNS diketuai oleh seorang Gabenor British;
- Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India;
- Seorang Residen Konsuler ditempatkan di setiap negeri di Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka untuk
- membantu Gabenor
- Pada mulanya, pusat pentadbiran NNS terletak di Pulau Pinang, kemudian dipindahkan ke Singapura pada
- tahun 1832 kerana kedudukannya lebih strategik dan menguntungkan.
- Segala dasar dan undangundang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British di India.
- Penduduk dan saudagar tempatan berasa tidak puas hati dengan dasar pentadbiran tersebut kerana mereka
- berasakan bahawa NNS adalah seperti tanah jajahan India.
- Saudagar British dan penduduk NNS mendesak Kerajaan British memindahkan pentadbiran NNS dari India ke
- London kerana:
- SHTI di India tidak menjaga kebajikan NNS;
- SHTI mencadangkan taraf pelabuhan bebas di Singapura dihapuskan;
- kemasukan imigran Cina ke NNS tidak dikawal dan kekacauan sering dicetuskan oleh kongsi gelap Cina;
- Akta Mata Wang 1855 yang dikuatkuasakan di NNS menyebabkan mata wang rupee menggantikan
- mata wang dolar Sepanyol. Para pedagang mengalami kerugian kerana nilai mata wang rupee lebih rendah;
- NNS menjadi tempat buangan banduan dari India.
- Pada 1 April 1867, NNS diletakkan di bawah kawalan Pejabat Tanah Jajahan di London.
- Pihak British menubuhkan sebuah Majlis Perundangan di NNS yang membolehkan NNS meluluskan undang-undang
- sendiri.
kak .. ape keperluan British di kepulauan Melayu dari segi perdagangan n ketenteraan eak? saya kena buat folioo :)
ReplyDelete